Terkini:

Awesome! I got this Xbox
Live gold code and
surprisingly it worked! Check this site out

Majlis Malam Apresiasi Media 2012

Majlis Malam Apresiasi Media Kementerian Pertahanan 2012 yang berlangsung di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan.

Majlis ini bertujuan meraikan petugas media yang banyak membantu serta meyokong setiap aktiviti serta promosi dibawah Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Teks Ucapan Penuh disertakan dibawah ini,


Mindef tambah lima pusat pemulihan banduan.

11/12/2012 2:37am

Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membina lima lagi pusat tahanan dan pemulihan banduan untuk pesalah ringan bernilai RM12.5 juta mulai tahun depan sebagai antara langkah di bawah Strategi Lautan Biru dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penambahan pusat itu dilakukan berikutan hasil pemulihan banduan yang dilakukan oleh tentera di lima kem sebelum ini didapati berkesan.Beliau berkata, strategi itu dijalankan untuk banduan menjalani hukuman penjara tiga bulan dan menurut KDN daripada 2,400 banduan, yang telah menjalani pemulihan itu, tiada seorang pun kembali melakukan jenayah mahupun ditangkap.Katanya, pertambahan lima pusat pemulihan itu, yang dijangka siap pada pertengahan tahun depan untuk memuatkan 3,000 banduan baharu, bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di penjara."Untuk membina sebuah penjara sebanyak RM650 juta diperlukan tetapi untuk lima pusat tahanan ini kosnya hanya RM12.5 juta,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Media Mindef 2012, di sini, semalam.Ahmad Zahid berkata, antara pengisian yang disediakan dalam pusat tahanan itu ialah memberikan latihan asas pertanian, perikanan dan juga beberapa latihan asas yang lain.Beliau berkata, mereka juga menerima bayaran daripada hasil kerja diusahakan dengan setiap seorang menerima RM3,000, yang disimpan di dalam akaun Affin Bank iaitu anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan diserahkan apabila mereka tamat sesi pemulihan. — BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2Eq4Yu5Cv Hakcipta terpelihara
No posts.
No posts.